Owner Post Them Follow+ Dash



The Talking Diary
__________ Y e a n n a

Greeting



Welcome to this lame blog :)
keep in touch and do give opinion or advice to me
Thankyou .
----------------------------------------------
do as you like , it's doesnt matter at all . cbox at Tell me section :)

Tell Me ;

⊰HOVER HERE!⊱
don't mess up my blog with your ads . just leave your footstep for me to trace you later okay ;)
whoever has my link in your linkies , do tell me . so that I'll put yours . *my previous code was missing :( *


PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Big applause to
IlliShuhada and PikaChan
for the basecode and
layout arrangement :)
gorgeous images taken
from GW

SMK Meru :)

Assalamualaikum.


hehe. terfikir pulak kan nak flashback ni . haha . serious talk , aku tak suka kehidupan aku sebagai pelajar tahap satu -.- haha. annoying wey . sampai ibu saja tanya aku if aku nak pindah asrama tak, aku dengan cepatnya kata aku nak . terkejut pulak kan mom . haha . taktahu la ibu memang berniat nak tanya atau tak tapi, sapa suruh offer kan? -.- haha. tanpa ragu-ragu pulak aku jawab as aku memang taknak sekolah binjai lagi -.-


bucket list | Tumblr

date : 16 April 2009
aku firsttime daftar sebagai pelajar sekolah di sini. ramai rupanya budak-budak dari sekolah binjai sebelum ni datang mendaftar . tapi aku just kenal 2 orang je antara ramai-ramai tu. haha. sadis kan? tapi aku takda la kesah mana . yang penting aku dah pindah . hm. mula-mula ada 4orang je budak tahun4 dalam kelas ; 3orang dari Jugra dan sorang dari SKI . then, awal bulan 4, masuk lagi sorang dari Meru II . bila kami masuk, capailah 20+ ahli dalam kelas dan seperti biasa la kan, one by one keluar balik sekolah lama -.- alhamdulillah aku dapat survive tanpa sebarang tangisan langsung . haha . desperate punya orang la katakan :3

aku sendiri macam mana aku bergaul mula-mula as aku memang berat mulut sangat-sangat . minggu first, aku stay kat dorm 5 dan orang first greet aku , Izzah Farihah Nadar . hm, punya la kerek dia aku sendiri tak ingat as aku tak kesah pun time tu . haha . sebenarnya budak dorm5 tu semua bising-bising belaka sampai aku malas sangat nak layan . haha. next weeknya aku masuk dorm4 as katil pun dah ditambah kat dorm tu . dan orang pertama yang tegur aku Hidayah . aku tak pasti berapa bulan aku take time sebab memang aku tak rapat sangat dengan kawan sekelas semua ni . aku lebih rapat dengan senior tahun6 . sometimes , kak Alia selalu bercerita anything dan merepek kat aku -.- haha. mula-mula aku takda la layan , lepas dia kacau , suruh aku respon , aku pun layan je dia punya cerita bagai tu . haha . dia orang paling tak matang dalam kalangan semua kawan-kawan dia dan dia jugak la selalu ajar liyana benda-benda 'keperluan' kat asrama ni . haha. dulu, dia ada warning pasal senior form1 yang memang hot la kat sekolah dan asrama . hm, aku malas nak amik tahu pun . tapi memang macam-macam la dia share kat aku dan kadang aku pun terikut gaya dia tu . hm. akhir tahun , aku dapat teruk sangat-sangat selama aku jadi pelajar time tu :( firsttime wey aku berkenalan dengan huruf C . sain pulak tu kan -.- hm, aku mula putus asa dalam sain since aku dapat gred tu . hm. that's nightmare tak pernah aku lupakan. aku cuba yakinkan yang fact even aku dapat C, aku still markah paling tinggi dan aku still dapat first place . but mentally , I feel dummy and so bad about that seriously . then, izzah cheer me on dan ajak aku mewarna guna warna yang kitorang baru dapat. hadiah apa pun aku tak pasti . haha. mewarna pun dapat cheer up aku -.- time tu , izzah kata dia nak pindah and confirm akan pindah dan kami nak buat something sebelum balik rumah . aku tak ingat aku atau dia yang bagi idea tapi yang penting aku memang ikut jugak buat benda tu. satu dorm wey operasi kami berjalan-.- haha. puas . takut pun ada . teringin nak tahu if ada lagi ke tidak benda semua tu . haha.

p/s : so sad that izzah dan yaya dua-dua pindah . i miss them badly :(


date : 2010.
aku dah masuk tahun5 ! haha :) time gotong royong nak bersihkan dorm kosong untuk pendaftaran pelajar baru, budak tahun6 la kena uruskan. aku lupa sangat dengan projek aku last year dan malam tu, diorang panggil la kami-kami semua kumpul tanya pasal tu . "ah , matila aku -.-" hm. dengan persetujuan aku lastyear dengan izzah kalau apa-apa berlaku , dia kata defend je. tak payah mengaku . aku pun deal je la . mahu pulak diorang tak tahu tulisan aku :P kehkeh . selamat wey . tapi memang diorang dapat detect yang lagi satu ni tulisan izzah . hm, nasibaik la izzah takda. aku pun sedaya upaya nak masuk topik lain bagai. hm . ada jugak diorang tanya aku as diorang  tahu aku rapat dengan izzah . hm. aku buat donno je as itu rahsia kami berdua :* haha. kisah lama :')
tahun ni , ramai la jugakk  yang masuk . tapi perempuan , sorang je. hm, ramaila yang menegur ,berkerumun kat dia and aku tak termasuk dalam kalangan mereka semua tu . maklumlah, aku bukan peramah orangnya. so, aku biarkan je . but who know, aku jadi rapat gila dengan selepas tu . aku pun taktahu bila dan macamana start aku cakap dengan dia . hm. hidup tak selalunya indah , endingnya tetap sama macam aku dengan izzah . family dia semua aku kenal and I think aku lebih rapat dengan dia la kut . cerita dia, cerita aku . haha. setiap malam ada je nak cakap apa. dan akhir tahun , dia kata dia nak pindah . lagi jauh wey . pergi Kedah . hm . sampai sekarang dia kat situ lagi . too far to talk to each other as nights before . memang tipu aku tak sedih . sebulan kut aku macam orang mati suami . haha. well, I just hope she'll be well :)


Date : 2011
akhirnya aku akan dapat banyak junior . haha. awal tahun, ada 8orang je yang menetap kat situ. yang lain semua menghilang . hm . time pendaftaran pelajar baru ,  ada la 2orang yang sudi datang jadi ahli kelas kami . haha . sorang lelaki . sorang perempuan . hm. kelas luas wey :D aku rindu situasi masa tu . then , sorang kawan ni pulak pindah terengganu . hm. frust wey , setiap tahun, kawan sepermainan aku jugak yang pergi kenapa ye ? -.- so, tinggal la 9orang je dan kekal sampai upsr . yea, kami candidate yang paling sikit dalam rekod penubuhan MK . haha . tapi , masalah cikgu amat membebankan . hm. annoying wey . aku ni nak pereksa , cikgu mesti ada blank spot . dengan beban pengetuanya lagi . frust -.-  aku ingat lagi time cuti penggal , pengetua kesayangan kami ni beri kami dua set buku bagi setiap mata pelajaran . nasibaik la upsr ni 5 je mata pelajaran nya kan. kalau 9 macam pmr mahu mati aku . 5 pun , cuba kau kira . 5 x 2 = 10 buku . 1 buku ada 5 set = 50set soalan kami kena siapkan dalam tempoh seminggu cuti . ya , tempohnya just seminggu CUTI SEKOLAH . hahaahaha. kata cuti sekolah . dia fikir aku tak ketagih nak cuti ke ? hm. memang tak la kan . lagi-lagi sains. bersih cantik je buku aku . adalah 1 buku bahasa melayu , beberapa set bahasa inggeris , tiga set matematik. hm, itu pun dah nak nyawa ikan nafsu aku nak buat . haha. semua gelabah buat wey , tapi takda la yang siap semua kan . haha. balik sekolah tu, masa free je semua buat kerja bekalan hidup kami tu . menyampah wey . kalau otak aku ni macam kalkulator , mahunya 'math error' jadi jawapan aku -.- then , bila pengetua kata pengetua nak tengok , malam sebelum tu , stay up semua nya kat bilik belajar sambil bawak beberapa pembantu yang rajin-rajin ni. haha. cikgu pun kata tiru je jawapan yang tak tahu tu , bukan dia tahu . haha . nak tiru pun fikir sempat ? uh, apa yang terlintas , semuanya tulis je . semuanya kerjasama la konon kan buatkan je mana-mana buku even sapa punya pun tak peduli asal semua siap . taknak rotan punya pasal kan . haha . sad endingnya , pengetua selak random pages dan random buku sahaja . then . buku tu semua dipulang balik . hahahahahahahahahaha. dia buat lawak apa ni? hm . macam tu la kan , semua malas buat kerja sekolah dan dah jadi habit bila kerja cuti sekolah buat di sekolah sebelum due date . habit bahaya tu dah sebati sangat dengan aku dan hasilnya sometimes memuaskan :) haha. orang kata aku teruk tapi sebenarnya diorang yang menyesal akhirnya . hm . maybe ada orang akan kata "patutlah upsr kau teruk" . okay, go on. kau tak rasa apa yang aku hadapi , so hold your act and mouth please ? bila bercerita bunyi memang macam aku ni seronok tapi time tu memang I feel like dying do all of that things :(
time cuti , kami ada buat kelas tambahan sebelum time cuti . hehe. sebabkan kami 9 orang je so tinggal satu asrama je . haha. perempuan 5orang satu row kat bawah , lelaki row atas . hm. 2dorm kat bawah aspura ada pasang jubin lantainya . haha. punyala jakun kami sebab tak dapat merasa dorm berjubin:( sambil ber 'extra class' sambil meneroka asrama diorang tu. haha. aku sendiri baru tahu diorang takda iron board rupanya -.- time nak gosok tudung punya la payah . hm .
ah, selama tiga tahun aku kat asrama, warden memang menyampah dengan kitorang yang suka pelbagai gunakan iron di asrama . haha. since aku darjah 4 lagi , dah diajar buat 'chocolate instant' guna milo 3in1 tuh . syarat mudah nya , mesti lapik 'cokelat' kau tu dengan kain batik, baru iron. ni, pelajar puteri punya tahap kebulur -.- yang putera punya kemalasan pulak , basuh kasut time gotong royong asrama lepas main pagi ahad tu , then iron kasut tersebut . ah, ni acah-acah macam guna hair dryer la kan-.- hehe. mana ada mesin basuh so tak boleh spin kan kasut tu , terpaksalah iron kan :) haha. so, it's normal as aspura pun selalunya dipenghuni budak sukan .

so make the best of everything, you know you can ... | Quotes that ...

Date : 2014
hm, aku rindu sekolah ni :) being in this school make me meet a lot of awesome people dan aku dapat belajar pelbagai gaya manusia di asrama dan di sekolah menengah . haha. aku selalu kata yang aku taknak sekolah kat meru form1 tapi kenyataan aku dah form3 pun, aku still rindu sekolah tu . haha. tapi mom kata sekolah ni dah tak macam dulu . hm, kawan dari binjai aku mostly sekolah sini lagi . even yaya dengan ayim pun still stay sini . yea , I just feel lucky that I got the experienced that not everyone can get it with all awesome seniors . haha.