Owner Post Them Follow+ Dash



The Talking Diary
__________ Y e a n n a

Greeting



Welcome to this lame blog :)
keep in touch and do give opinion or advice to me
Thankyou .
----------------------------------------------
do as you like , it's doesnt matter at all . cbox at Tell me section :)

Tell Me ;

⊰HOVER HERE!⊱
don't mess up my blog with your ads . just leave your footstep for me to trace you later okay ;)
whoever has my link in your linkies , do tell me . so that I'll put yours . *my previous code was missing :( *


PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Big applause to
IlliShuhada and PikaChan
for the basecode and
layout arrangement :)
gorgeous images taken
from GW

May journal

Assalamualaikum.


Mei 2015

haih , seronok liyana mencoret pengalaman baru , mencari serba serbi yang baru . as I said , mei hari tu liyana ada PPT . Allah saja yang tahu betapa kecewanya diri dengan jawapan haritu . hah , baru aku faham apa maksud kak Marha last year "korang nanti upper form dapat lulus je pun dah kira bersyukur sangat , nak mengharap A+ boleh , tapi itu lah , hanya mampu pasrah selepas kita ikhtiar"  hm. ya , I got that feeling :) so how's mine insyaallah kalau kesempatan nexttime entry I update okay? hm.

sabtu minggu first pula , kami ada choral speaking negeri . bukan rezeki kami kali ni tapi it's fun when we got to know new friends and juniors . lepas turn kami , memang pasrah habis dan memang expect pun kemenang bukan dipihak kami , jadi lepas semua habis , kami pergi duduk kat kelas menunggu sementara dekat dewan debate tengah berlangsung . ah , pertandingannya kat sebuah sekolah di port dickson . just don't know why rasa teruja semacam macam tak pernah pergi pd je :') tapi itulah , kami hanya mampu tengok dari kaca tingkap bas sahaja . lol . time menunggu kat kelas tu kami berkumpul satu kelompok . awalnya belajar sebab exam PPT masih berlangsung tapi bila dah ramai nafsu nak borak tu mula la datang . lagipun it's a big possibility kali terakhir kami berkumpul dan lepas ni not sure kami tegur satu sama lain kan . so , macam-macam la cerita keluar . gelak tawa terselit and we got to know each other better la kut dari sebelumnya . hm, my thought plus minus je annoyingnya budak semesra ni sebenarnya . lol . 

khamis minggu ketiga lepas habis exam , kami ada sambutan hari guru pula . hah, aku taktahu nak komen apa tapi perasaanya sama macam zaman sambut hari guru dengan batch 16 kussis dulu . menyampah je dengan susun atur diorang . personally aku takberapa nak suka sebab persembahannya menyanyi , menyanyi , menyanyi dan menyanyi. heh , the worst part siap tertidur time majlis tu , bangun-bangun je dah habis majlis . haha . aku tak tahu la apa yang sedapnya suara depa tu . entahlah . favourite part aku just time formfive menari uptown funk dan awak kat mana tu even dah tengok time openday . tapi tu jelah yang aku minat then startla aku tertidur . hiks

jumaat nya pula kami ada kem jati diri . yah , tersangatla aku teruja dan takla menghampakan bagi aku dan takberapa puas sebenarnya . nak kata tak seronok tu tidaklah tapi kalau pergi dengan xix for sure lebih seronoknya kan :') tapi itulah peluang nak kenal lagi budak-budak batch baru aku ni . hiks . tidaklah aku terkapai-kapai dan seperti biasa aku buat-buat kenal je semuaorang . selagi orang lain tak tanya lebih lanjut , aku tetaplah taktahu nama depa . aku ni pun semacam orangnya , cepat sangat lupa -.- kalau tak lupa namanya , terlupa pula mukanya , yang mana satu orangnya . heh , time awal-awal masuk haritu bila orang tegur aku pun balas la sampai borak panjang-panjang lagi . tapi , next weeknya baru aku tanya namanya . hek . entahlah . aku rasa tak sopan bila berborak tiba-tiba tanya nama siapa . situasinya sama je macam bila ada number orang yang aku tak save dalam contact tiba-tiba tegur aku . kalau situasi macamitu aku akan layan je dia sembang sampai aku tahu sendiri siapa dia . lol . banyak-banyak aktiviti kitorang buat , aku paling suka malam kebudayaan :) bukannya apa , sebab malam tu aku dapat tengok perangai sebenar budak batch aku sendiri . yelah , jadi budak baru bukan mudah . aku kena belajar culture diorang jugak untuk menyesuaikan diri . tapi taktipu la aktiviti yang pihak plkn tu buat memang best cuma yang menghampakan burung hantunya . personally aku ingatkan diorang bawak pusing-pusing kem tu je , tak sangka pula bila bukak mata tu aku nampak kelapa sawit sekeliling . itu je la yang aku tak sagka . yang lainnya menghampakan . masa diorang dah suruh duduk tu aku agak pelik sebab aku baru je berpisah dengan orang belakang dah suruh duduk -.- nampak sangat jaraknya dekat je sebenarnya . dan time tunggu tu pun secara tak sengaja dan tanpa sedar aku tertidur . haha , bila tersedar yang aku tidur , aku sendiri gelabah takut kena marah tapi lagi sekali aku terlelap . entahlah , aku duduk tu separa sedar rasanya . pelik jugak kenapa dia tak usik ke apa . tapi bila balik dorm , lawak jugak bila diorang cerita yang ada terdengar bunyi karaoke , ada yang memang galak tidur siap ada yang bersandar tapi bila bukak mata baru dia tahu yang dia bersandar kat busut rupanya . lol . benda yang paling sadis , jurulatih tu kata diorang tarik  kami awal sebab majoriti tidur . ahhaha . aku tak tahu nak cakap apa sebab akupun lebih kurang je :3 hiks.

minggu last pula kami ada hari sukan . dan kat sini adatnya setiapkali hots , form4 yang handle . ada pula kontroversi yang pengetua tukar tema secara tiba-tiba . asalnya temanya bebas so ramaila yang dah beli barang semua as sepatutnya hots bulan 4 , tunda punya tunda akhirnya sebelum cuti baru ada kesempatan . tapi bonda pula tukar last minute . kami ni dah la baru lepas exam then terus ada kem mana la sempat nak cari barang semua . tapi , rumah lain semuanya tukar jugak sebab memang tak berlandaskan tema . okay , tapi kami ni nak cari idea laginya payah . takkan la nak buat tema ladybird kut . heh, tak gempak . so , kami stick je tanpa menghiraukan kata orang lain . time buat preparation , bonda ada je round-round dan bonda tak komen apa kat kitorang bila kami cakap kami buat macam dinasti maharaja cina . Tema utama bonda dah tetapkan jadi 'nature' . sebabkan itu , rumah JP yang asalnya nak buat zombi ditentang habis deengan cikgu rumah mereka tukar tema apa entah , LM yang asalnya tema airport tukar jadi sunflower dan KP yang nak buat pirate jadi under the sea . KP punya takubah sangat pun cuma mereka buang pirate jadi shark . tapi just AZ je yang tak tukar apa-apa . gedebak-gedebuk , akhirnya khemah dengan perbarisan kami menang :) yeah , usaha membuahkan hasil ; alhamdulillah . eventhough bukan johan keseluruhan but not bad la kan .

tbvh , start bulan ni aku mula sukakan sekolah baru aku secara ikhlas . Alhamdulillah :) aku bangga jadi warga semesra dan inilah impian aku yang sebenarnya ; aku nak belajar kat sekolah di negeri kelahiran aku sendiri . eventhough bila orang lain tanya aku orang mana , aku still jawab "SELANGOR :)"