Owner Post Them Follow+ Dash



The Talking Diary
__________ Y e a n n a

Greeting



Welcome to this lame blog :)
keep in touch and do give opinion or advice to me
Thankyou .
----------------------------------------------
do as you like , it's doesnt matter at all . cbox at Tell me section :)

Tell Me ;

⊰HOVER HERE!⊱
don't mess up my blog with your ads . just leave your footstep for me to trace you later okay ;)
whoever has my link in your linkies , do tell me . so that I'll put yours . *my previous code was missing :( *


PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Big applause to
IlliShuhada and PikaChan
for the basecode and
layout arrangement :)
gorgeous images taken
from GW

Ayah Saya, Superhero Saya

Assalamualaikum .


memandangkan harini birthday my dad , rasanya sesuai la kut bercerita pasal dia . hiks .

sebenarnya , exam english diagnostik baru je keluar soalan esei tajuk "my superhero". that time , mulalah aku excited cerita pasal Batman (( huhu. i really like batman tho . don't you think he's super cool ? )) . aku cerita pasal kehebatan dia *ecehh* and kereta mewah dia . haha , tersengih-sengih kau buat esei bi for the firsttime ever . haha. tapi pada perenggan kedua , aku mula perenggan tersebut dengan ayat ;

When I was 7 , I just realize I found someone who is really cool and better than batman . 

hahahaahahahaha . eventhough  someone tu tak boleh terbang macam superman , tak boleh hanging from building to another building just like spiderman ataupun takda kereta yang boleh split , laju macam ferarri and coool gilos tu , I think he's even better . kalau dulu awal-awal pagi abah dah bangun , nak sediakan sarapan , nak kejut adik beradik bangun . mahunya adik beradik ni sangatla menghargai masa tidur mereka walaupun seminit . haha , so memang dah ada giliran la , mesti kejut sorang je in one time dan lepas sorang dah habis mandi baru kejut yang lagi satu . hahaha . then bila semua adik-beradik dah pergi sekolah ( kami pergi sekolah naik basikal ) , abah pun bersiap nak pergi office naik motor . tempat kerja abah jauh la jugak and office time kan , pukul 7 baru sampai rumah . bila dah pergi kerja tu , barula ibu start ambil kerja rumah .

bila aku masuk asrama time darjah empat tu , beria abah nak beli barang suruh bawak itu ini . huhu . pastu ajar serba serbi pasal laundry ni semua. hahah . nasibaikla masuk asrama , kalau tak hampeh semua aku tak reti . dulu pun abah kadang yang gosokkan baju semua . huhu . nak kapur kasut pun belajar dari abah sebab setiap kali aku kapur mesti comot . huhu .

abah kalau nak buat sesuatu tu mula la dia menukang la , hapela kat luar rumah . dulu pernah bela ayam kat belakang rumah , tapi bela ala kadar je . dah besar , sembelih la dia . then ganti bela kucing , ha yang ni satu family kitorang tak suka kucing especially adik and my mom . biasa la, geli . haha . tapi , adik pun sakit and alah dengan bulu , so anak-anak kucing semua tu tak tahu la kemana, yang pasti dah tak da kat rumah lagi la . hihi . and one fine year ( tahun bila ntah kalau ikut kalender cina , tahun arnab baru-baru ni ) ada sekor arnab datang rumah . awal-awal terkejut arnab siapa pulak ni . so kami biar je la , kutkut ada orang datang ambil kan . tapi lepas beberapa hari ada sekor lagi datang , so abah pun buatkan la rumah untuk arnab tu . beberapa hari berikutnya datang lagi 2 ekor . hahaha . manala asal-usul arnab ni sebenarnya . ada jugak tanya jirran tapi takda yang nak mengaku . so kami bela la mereka . sampai beranak pinak jadinya . haha . ada cerita kat amoi kedai photostat tu , dia kata ada ong lo , arnab datang tahun arnab ni . dia pun nasihat jaga je la dulu . hahahah

another thing , abah ni suka sangat bertanam pokok buah itu ini , pantang nampak tanah kosong ada la yang nak ditanam . dulu , macam-macam ada kat belakang rumah tu cuma durian je yang tak mampu nak tanam . haha . so memang abah kenal la banyak pokok-pokok bagai ni . kau tunjuk je yang mana , dia insyaallah boleh jawab :)

abah kerja biasa-biasa je tapi kalau cakap pasal chemical produk  ni , mula la dia berhujah panjang itu ini . huhu , liyana dah la tak suka nak tahu nama pelik-pelik ni tapi lagi pelik bila abah boleh ingat nama-nama saintifik tu semua , huhu . and dia suka sangat gajet . haha , aku memang tak la nak menyelidik apa ada dalam phone ni , macammana nak pilih laptop yang bagus , yang elok bagai . bab bab tu memang aku lepas tangan . haha .

dulu time sekolah rendah bila buat kerja seni selalu la jugak mintak tolong abah buatkan sekali . dulu kan sikit-sikit mewarna . aku dah la cepat giveup , warna pun tak rata . huhu . tapi even lukisan aku tu buruk sekalipun dan dah warna banyak tapi buruk la kan, abah masih boleh selamatkan hasil aku tu . huhu . selalu jugak la dapat A- . hahaha . hasil bantuan tu la , i dah try sebaik mungkin nak buat kerja seni sendiri . alhamdulillah jugak la selama aku amik seni form1-3 , not bad aku punya hasil . hohoho .

kalau bab-bab pelajaran ni abah memang kurang sikit , tapi bab nak buat yang terbaik , he's master okay . haha . itula orang selalu pesan , "jangan pandang rendah kepada sesiapa , sebab setiap kelemahan itu pasti ada kelebihan dia " ye la , aku percaya sangat . Orang bodoh pun boleh berjaya kalau berusaha dan Orang bijak juga boleh terjunam kalau malas . huhu

I love my dad so much . Happy Birhday , abah . May Allah bless you for entire of your life :) thanks for everything .


xoxo . yyaaa:
p/s: i dah backlink banner tu , nak join jom la!